Malam ini,seusai solat maghrib di surau taman, aku terduduk sendirian, berfikir sejenak..memandang ke arah hamparan sejadah di hadapanku..molek terusun rapi..kemas..http://hadis.cikedis.com/di-atas-hamparan-sejadah...aku termenung sejenak..sungguh,ajaib benar malam ini..entah kenapa buat pertama kalinya aku memikirkan mengenai perkara ini..bila mana aku tidak pernah memikirkan sebelum detik ini kujejaki..hairan,aku berfikir sedalam mungkin..pasal apa ya..?tentu kalian juga terfikir...hurmm..aku menghela nafasku panjang..subhanallah..http://www.youtube.com/watch?v=USQ-9PLvNwk..mengapa sebelum ini hati kecilku ini seringkali perlu mendengar dan mengikuti kata-kata orang di luar sana yang belum pasti menjamin diri ini kelak..?Mengapa perlu terikut-ikut akan rakan-rakanku yang sememangnya telah memiliki cita-cita dan impian masing-masing..?Mengapa perlu aku survey setiap orang daripada mereka dan kaitkan pula dengan pilihan kerjaya mereka..?aku tersentak sebentar.
Sungguh,aku belum pernah terfikir akan apa aku amat yakin memilih bidang kejuruteraan akademik jepun semasa permohonan tawaran biasiswa JPA...entah mengapa aku begitu yakin saat temuduga itu mengatakan kejuruteraan Jepun adalah yang terbaik buatku..kataku,itulah cita-cita saya sedari kecil lagi..saya nak bangunkan negara melalui ilmu yang saya peroleh dari negara Jepun yang merupakan antara negara termaju di dunia,almaklumlah,lihat saja pada teknologi dan infrastrukturnya...fuhh,,aku bertanya lagi pada hati kecilku ini,benarkah semua ini..?apa yang terdetik di hatiku saat itu,yakinlah..ini temuduga yang bakal menentukan kerjaya kamu pada masa hadapan..jika tidak mahu menyusahkan kedua orang tuamu,maka,berusahalah..kita ni pun bukanlah dari orang-orang yang senang,mak, abah nak lihat kau berjaya,bantu kami sekeluarga..(pesan orang tuaku)..aku membalas,insyaallah...
Jam 8.05 malam,selesai menunaikan solat rawatib,hajat..aku masih lagi terduduk sendirin,melayani perasaan ini..maka,apakah pula tindakanku selepas ini..?aku membuka senaskhah Al-Quran,membelek-belek helaian demi helaian..masuk waktu isyak,aku terus solat..setelah wirid dan salam,aku bangun untuk mendirikan solat istikharah..saat ku bersujud,kulontarkan segala kekacauan dalam benak fikiranku tadi..ku bersujud sesungguhnya,mengimbau dosa-dosaku yang lalu..masyaallah..terlalu berat buatku..
Sahabat2 yang dirahmati Allah...beginilah,sebenarnya saat ini,aku memiliki dua pilihan kerjaya..'engineering' and 'medic'..masalahnya..yang pertama,keputusan yang aku dapat masa SPM lepas,tidak mengizinkan aku untuk 'apply'' bidang medik..maka,dipendekkan cerita,aku telah memohon bidang kejuruteraan..sejak dari itu,aku membulatkan tekad bahawa inilah plilihan terakhirku..muktamad!!kataku suatu masa dahulu..kedua,aku sememangnya berangan-angan untuk ke Jepun suatu ketika dahulu (lower form)..mengimpikan bagaimana hebatnya berada di sana..kemudian, menjejak ke tingkatan 4,aku mula memasang impian untuk belajar di Mesir,Jordan..kataku saat itu,kalau di sana dapat hidup dalam 'culture' islam..berbahasa arab, dan juga turut memasang impian untuk mendirikan masjid dengan muslimah-muslimah yang turut menyambung pelajaran ke sana..sambil itu juga,dapat menziarahi tanah kelahiran anbiya', serta menunaikan umrah/haji bilamana cuti semester..subhanallah,Maha Suci Allah..sebaliknya jika di Jepun aku bimbang yg teramat jikalau tersasar sebab kita pun belum tahu bagaimana dan apa yang bakal berlaku pada kita di sana kelak..benar??persoalannya sekarang..setelah selesai solat istikharah tadi,aku mendapat ilham bahawa bidang medik adalah yang terbaik untukku..maka,apakah perancanganku selepas ini?
"Merungkai satu kelemahan"...satu sikap yang tidak dapat kubendung selama ini ialah terikut-ikut..dan mudah terpengaruh..bila kawan kata ini,aku kata mungkin betul..bila bertemu kaunselor lain pula kisahnya..maka,akhirnya, aku telah memilih kerjaya (engineer) berdasarkan kelayakan result dan kata-kata orang di sekeliling,dan bukan berdasarkan minat dan cita-cita...mungkin benar aku perlu menjadi doktor?atau mungkin aku perlu menjadi seorang jurutera kimia..?
sekian,inilah coretan pertamaku di sini,entah kenapa tiba-tiba terlintas untuk menghasilkan blog ini yang dinamakan,Pintu Taubatku,,bersesuaian dengan apa yang aku tekad dan azamkan sejak sekian kalinya..harap beroleh hidayah dari Tuhan Rabbul Jalil..wassalamullahi alaik..
Friday, 22 April 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)